Friday, 26 October 2018

Assignment?

senyum saja walau org lain stress suda dengan assgmnt tapi kalau bab2 buat2 kerja mcm tu lagi aku suka sbenarnya berbanding bljar / turorial πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ so kalau suda minat, atasi saja walau payah mcm mana punπŸ™ƒ Salam Jumaat penuh berkahπŸƒ


Sunday, 14 October 2018

Malaysia Book Of Records


Malaysia Book of Records 'MBOR' -5000 beg (mesti hasil tangan sendiri. riject kalau main beli) -pameran, Kuala Lumpur . (minimun hantar 5 beg)
.
.
.
perlu usaha & kerja keras untuk serta dalam apa jua acara/program lebih2 lagi utk records.. pernah nda btidur mau siapkan beg ni pun ada... dan tadi hujan2 bawa beg besar utk hantar ni... sudalah beg tu bagpack travel dan memandangkan lagi aku seorang2 seja... jadi ngam betul la mcm org travel aku ksana ksini sorang2 pdahal travel d sabah sja dari tuaran ke kk. haha..
.
.
.
nampak simple nampak senang.. hantar ni pun kena nilai dulu pass ka tidak utk ikut MBOR. menjahit bhgian dalam, jahit tali, urusan dengan mesin jahit, jenis kain dll bukanlah suatu hal yg mudah buat yg tiada pengalaman dan zero dlm bab2 ni walaupun aku pandai menjahit, tapi bila jahit beg bukanlah mudah. org semua hantar beg yg kembung2 lawa2 unik...

but,

for me, walau zero, yg pnting kalau betul2 mahu tiada yg mustahil! kalau mahu buat! kalau mahu usaha! kalau mahu tunjukkan mahu! simple.
.
.
.
bila sudah hantar hasil tangan sendiri utk MBOR baru rasa lega dan tenang... kalau tidak, lepas kelas mesti keluar jahit beg, cari seluar2 jeans bundle. haha.. lepasni ada tenang sikit.. huhuhu... "padahal ada lagi daftar ikut kursus2" πŸ˜‚
.
.
.
bagi ku,
pelajarilah apa jua kemahiran, utk apa lagi kemahiran kalau bukan utk diri sendiri yg memberi kegembiraan pada diri... dan Insyallah kemahiran yg ada bukan terhenti pada diri sendiri.
.
.
.
#malaysiabookofrecords #MBOR #beg #krafttangan #youcandoit

Thursday, 13 September 2018


tiba2 senyap menghilang diri, ku tunggu respon dan cuba paham akan situasi... rupa2nya kita d ujiπŸ˜” semoga baik2 saja. khabar duka dari Kudat. terima kasih Fatin Zahirah@tatai maklum kat aku. kritikal, Hospital Kudat to KK. ily

Saturday, 1 September 2018

My Syurga


bila aku masih lena,
dia kejutkan aku dengan pelbagai intonasi dan cara. dari cara dan intonasi yg lemah lembut sampai lah menggesa dan tegas tapi aku mengertinya sbb cabaran subuh la paling hebat tambahan pula aku liat bangun bila tidur lambat dll faktor...

sebelum dia solat subuh,
selepas dia solat subuh,
sambil dia baca quran,
slesai dia baca quran,
dan sehingga terbitnya fajar tak akan henti untuk mengejutkan aku selagi tidak aku ambil wuduk. dia, ummiπŸ’“

betul lah syurga itu ada dekat ibu

Friday, 13 July 2018

Ada Apa dengan Cinta?

carilah org yg menerima kekurangan mu, jatuh hati pada uniknya sikap mu, tapi tidak membiarkan mu terus dalam memelihara sikap buruk mu.

Thursday, 8 March 2018

keputusan STPM 2017 (6 Mac 2018)

 


(6 Mac 2018) ambil result STPM kat skolah... tak sihat pun datang jugak la sebab tak sangka dapat result mcm tu. sebenarnya sebelum result keluar aku dah agak2 kira pointer mcm menyedihkan sebab tak sampai taget je rasanya. Tapi bila keputusan sebenar keluar syukur sangat2 sehingga aku mampu datang juga ambil result kat sekolah...(keputusan biarlah rahsia!) hehehe... Alhamdulillah~

oh yah, Tahniah untuk kita pelajar STPM 2017 SMK Kudat sebab 100% pelajar STPM 2017 lulus pengetua boleh la senyum lebar. hihihi...

Tak lupa juga terima kasih kepada warga pendidik SMK Kudat πŸ˜ƒ

aku sekolah kat sini masa form4 sehingga form6 
dan kini berakhirlah sudah langkah ku ke sekolah
begitu banyak kisah yg tercipta
pengalaman suka duka mengajar ku erti kehidupan

Thursday, 18 January 2018

Perkara-perkara yang membatalkan sembahyang (Sharing is Loving)

di bawah adalah perkara-perkara yg boleh membatalkan solat jika dilakukan ketika/sedang solat...

1) Bercakap.
Bercakap ertinya mengucapkan perkataan sekurang-kurangnya 2 huruf yang bukan bacaan dalam sembahyang. Jika batuk, bersin atau menguap ketika dalam bacaan rukun qauli, maka dalah wajib berhenti dari bacaan itu kemudian diulang kembali bacaannya. Jika diteruskan membaca dalam keadaan terbatuk atau bersin, dikhuatiri bacaan itu menjadi salah dan ini akan membatalkan sembahyang itu ~ sama seperti bercakap.

Membuat bahasa isyarat melalui perbuatan mahupun suara dengan niat untuk memberitahu sesuatu kepada orang lain dihukum sama seperti bercakap maka sembahyang itu akan batal serta merta.

Contoh (1)  Bahasa isyarat perbuatan 
Meletakkan jari ke bibir dengan niat menyuruh anak-anak kecil supaya diam maka sembahyang itu batal serta merta walau tiada perkataan yang diucapkan.

Contoh (2) Bahasa isyarat dengan suara 
Dengan sengaja menguatkan suara bacaan sembahyang jika ada orang memberi salam di luar rumah dengan niat supaya orang itu tahu bahawa dia sedang sembahyang. Dengan berbuat dengan demikian sembahyangnya itu batal serta merta.

2) Kedatangan hadas besar atau kecil.
Apa sahaja yang keluar dari dubur atau qabul adalah najis. Keluar najis akan membatalkan wuduk. So, bila batal wuduk, maka automatik batallah solat tersebut.

3) Kedatangan najis yang tidak dimaafkan samaada pada pakaian, tempat sembahyang dan badan. 
Jika sembahyang telah selesai kemudian terlihat najis di pakaian atau tempat sembahyang atau badan, maka sembahyang tadi tetap batal dan wajib diulang semula. (jangan pula cakap "oh takpa tak sengaja pun,, tak perasan pun") kuatkan hati untuk solat semula walaupun ehmm "kena solat semula la pulak" #malasnyaaa.

4) Terbuka aurat dengan sengaja. 
Tidak boleh terbuka aurat ketika sedang sembahyang. Bagi wanita, jika telekung yang dipakai itu jarang pastikan bahagian leher ditutup dengan tudung lain kerana jika leher dapat dilihat itu juga dikira terbuka aurat dan sembahyang menjadi tidak sah. Begitu juga dengan lengan kita. Ketika angkat takbir lengan terdedah manakala kaki yang sering menjadi masalah, kalau dah tahu kain telekung singkat or sering je terselak nampak kaki.. maka carilah inisiatif supaya tidak berlaku lagi (ganti jelah kain telekung tu... hehe)

5) Berubah niat.
Sesudah takbiratulihram tidak boleh berubah niat. Niat tidak boleh ditukar atau merasa was-was samada niat kita betul atau tidak. Tidak boleh ada lintasan hati hendak membatalkan sembahyang sebelum salam.

nasihat utk diri sendiri jugak ni.. huhu...
semoga sama2 kita dapat memperbaiki diri...

Wallahualam~