Thursday, 13 September 2018
Saturday, 1 September 2018
My Syurga
bila aku masih lena,
dia kejutkan aku dengan pelbagai intonasi dan cara. dari cara dan intonasi yg lemah lembut sampai lah menggesa dan tegas tapi aku mengertinya sbb cabaran subuh la paling hebat tambahan pula aku liat bangun bila tidur lambat dll faktor...
sebelum dia solat subuh,
selepas dia solat subuh,
sambil dia baca quran,
slesai dia baca quran,
dan sehingga terbitnya fajar tak akan henti untuk mengejutkan aku selagi tidak aku ambil wuduk. dia, ummi💓
betul lah syurga itu ada dekat ibu
Friday, 13 July 2018
Ada Apa dengan Cinta?
Thursday, 8 March 2018
oh yah, Tahniah untuk kita pelajar STPM 2017 SMK Kudat sebab 100% pelajar STPM 2017 lulus pengetua boleh la senyum lebar. hihihi...
Thursday, 18 January 2018
Perkara-perkara yang membatalkan sembahyang (Sharing is Loving)
di bawah adalah perkara-perkara yg boleh membatalkan solat jika dilakukan ketika/sedang solat...
1) Bercakap.
Bercakap ertinya mengucapkan perkataan sekurang-kurangnya 2 huruf yang bukan bacaan dalam sembahyang. Jika batuk, bersin atau menguap ketika dalam bacaan rukun qauli, maka dalah wajib berhenti dari bacaan itu kemudian diulang kembali bacaannya. Jika diteruskan membaca dalam keadaan terbatuk atau bersin, dikhuatiri bacaan itu menjadi salah dan ini akan membatalkan sembahyang itu ~ sama seperti bercakap.
Membuat bahasa isyarat melalui perbuatan mahupun suara dengan niat untuk memberitahu sesuatu kepada orang lain dihukum sama seperti bercakap maka sembahyang itu akan batal serta merta.
Contoh (1) Bahasa isyarat perbuatan
Meletakkan jari ke bibir dengan niat menyuruh anak-anak kecil supaya diam maka sembahyang itu batal serta merta walau tiada perkataan yang diucapkan.
Contoh (2) Bahasa isyarat dengan suara
Dengan sengaja menguatkan suara bacaan sembahyang jika ada orang memberi salam di luar rumah dengan niat supaya orang itu tahu bahawa dia sedang sembahyang. Dengan berbuat dengan demikian sembahyangnya itu batal serta merta.
2) Kedatangan hadas besar atau kecil.
Apa sahaja yang keluar dari dubur atau qabul adalah najis. Keluar najis akan membatalkan wuduk. So, bila batal wuduk, maka automatik batallah solat tersebut.
3) Kedatangan najis yang tidak dimaafkan samaada pada pakaian, tempat sembahyang dan badan.
Jika sembahyang telah selesai kemudian terlihat najis di pakaian atau tempat sembahyang atau badan, maka sembahyang tadi tetap batal dan wajib diulang semula. (jangan pula cakap "oh takpa tak sengaja pun,, tak perasan pun") kuatkan hati untuk solat semula walaupun ehmm "kena solat semula la pulak" #malasnyaaa.
4) Terbuka aurat dengan sengaja.
Tidak boleh terbuka aurat ketika sedang sembahyang. Bagi wanita, jika telekung yang dipakai itu jarang pastikan bahagian leher ditutup dengan tudung lain kerana jika leher dapat dilihat itu juga dikira terbuka aurat dan sembahyang menjadi tidak sah. Begitu juga dengan lengan kita. Ketika angkat takbir lengan terdedah manakala kaki yang sering menjadi masalah, kalau dah tahu kain telekung singkat or sering je terselak nampak kaki.. maka carilah inisiatif supaya tidak berlaku lagi (ganti jelah kain telekung tu... hehe)
5) Berubah niat.
Sesudah takbiratulihram tidak boleh berubah niat. Niat tidak boleh ditukar atau merasa was-was samada niat kita betul atau tidak. Tidak boleh ada lintasan hati hendak membatalkan sembahyang sebelum salam.
nasihat utk diri sendiri jugak ni.. huhu...
semoga sama2 kita dapat memperbaiki diri...
Wallahualam~
Friday, 16 June 2017
Tuesday, 8 November 2016
Do the best ! Dont try2 to repeat paper!
Thursday, 3 November 2016
Kembali berblog
Haii, saya kenal kn sdikit la psal diri saya ye.. Heeee
my name is Nur Aqilah Juraidi.
January 1998,
from Sabah.
Sebenarnya masa saya tahun 6 saya dah ada blog...
Kat blog ni saya nak share ikut gerak hati dan pikiran saya. So, mksudnya apa2 prkara la yg saya nak kongsi brsama...




